Switzerland Part 5

Hari ke-4, semuanya bermula seawal pagi dengan menyiapkan sarapan (tempat biasa lah, di kitchen feberet) untuk santapan sebelum bertolak dan juga ‘pack-lunch’ untuk tgh hari nanti. Sebenarnya, memang bersyukur sangat pasal kami amik keputusan untuk bawa makanan-makanan (nasi dll) dari M’sia walaupun pada mulanya agak keberatan untuk membawa lebih. Tapi mami macam biasa lah, siap pack beras dalam paket plastik kecil dalam 10 paket, dan beras itulah yang kitaorang ‘kerjakan’ setiap hari berada di sini. Hehe. Terima kasih mami!

8
Menuju ke utara Swiss untuk ke Rhine Falls

Perjalanan kali ini jauh juga, kurang lebih 250 km sehala yg mana perjalanan pergi dan balik dalam 500 km. Fuhh..tempat ini dikenali sebagai antara air terjun terbesar di Europe, yg di namakan sebagai Rhine Falls. Ianya berdekatan dengan sempadan Jerman. Kami menaiki train dari Interlaken West menuju ke Bern sebelum manaiki satu lagi train untuk terus ke utara menuju ke Zurich. Perjalanan ke Zurich mengambil masa hampir dua setengah jam. Cuaca terang sepanjang perjalanan. Pemandangan hijau dengan lapangan ladang-ladang dan sekali sekala melalui kawasan perindustrian mencuit perhatian kami. Penempatan penduduk di sepanjang perjalanan nampak bagitu terancang dan tidak padat. Kawasan sekitar juga tersusun bersih dengan tiada kesibukan trafik dan kereta kebanyakan nya dipandu perlahan. Ianya suatu pemandangan yang menarik buat kami.

9
Perjalanan memakan masa hampir 2 jam sehala

Tiba di Zurich, kami perlu menaiki sebuah lagi train untuk ke perhentian akhir sebelum sampai di Rhine Falls. Walaupun begitu, masa train ketibaan train yg dijadualkan tidak mengecewakan kerana kami tidak perlu menunggu lama untuk train seterusnya tiba. Train terakhir ke sana mengambil masa perjalanan lebih kurang setengah jam. Jam menunjukkan hampir 11.35 pagi tatkala kami tiba di Schloss Laufen station yg terletak 200 meter dari Rhine Falls.

10
Dalam train, menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan

Untuk memasuki laluan ke kawasan air terjun, pengunjung dikehendaki membeli tiket masuk yang kaunter nya terletak di bahagian atas (kena mendaki lebih 100 meter, ada trek disediakan sebelum sampai ke atas) bangunan. Jika diamati, kawasan pintu masuk ke sana melalui sebuah istana lama yg sudah dijadikan tempat pelancongan. Disitu juga ada kedai-kedai makan, tempat rehat dan juga ‘playground’ untuk keluarga berehat-rehat santai.

11Tenaga terasa seperti dicharge semula selepas menghabiskan bekalan-bekalan makanan yg di bawa. Yup, sekarang rasanya dah bersedia untuk meneruskan ekspedisi ke kawasan air terjun. Untuk kesana, kami kena melalui gerbang dataran istana lama tersebut ke dataran sebelum berjumpa dengan lif yang terletak di sebelah kiri. Lif ini berfungsi sebagai jalan masuk ke kawasan perjalanan untuk ke kawasan air terjun (di bawah lereng istana) dan tiket yang dibeli perlu digunakan untuk masuk ke lif tersebut. Tiket untuk setiap org dewasa berharga CHF 3.50 sahaja. Tiba di bawah kami berjalan lebih kurng 50 meter dan seterusnya sampai di ‘look-out’ point yang pertama berdekatan dengan tempat air terjuun yang sedang menyimbah turun ke bawah. Cuaca agak panas ketika itu dan pengunjung juga agak ramai pada hari ini (patutlah, hari minggu rupanya..huhu). Kami sempat mengambil beberapa gambar, sebelum turun lagi kebawah untuk ke ‘look-out’ point seterusnya.

12
Lunch dulu, perut sudah lapar
13
Jalan menuju ke bahagian air terjun di bawah

Memang teruja pabila sampai sahaja di bawah. Percikan air terjun dapat dirasakan, dan di sini juga kawasan nya agak teduh berbanding dengan di atas tadi. Pengunjung tetap ramai di sini, walau begitu, ianya masih selesa untuk saya bergerak kesana-sini sambil mengambil beberapa gambar-gambar menarik di kawasan sekitar. Kalau berada rapat dgn anjung kayu yang disediakan, kita boleh merasakan percikan air terjun yang begitu sejuk menerjah kemuka. Mungkin ada yang akn bertanya, kenapa tidak mandi terus..hehe. Boleh jer, tapi sebelum mandi tu dinasihatkan agar siap-siap tulis wasiat laa yea. Dengan jumlah air yg begitu banyak dan deras, kebarangkalian untuk ‘survive’ saya rasa amatlah tipis. Hehe. Selamat mencuba.

14
Kawasan air terjun, memang menarik

Sebenarnya ada satu kawasan lagi di bawah kepada sapa-sapa yang berminat untuk menyusuri dan melintasi kawasan air terjun ini. Ada perkhidmatan bot disediakan, yang mana menumpang akan dibawa mendekati dasar tempat air terjun tersebut dengan menaiki bot. Fuuuh, jika diperhatikan memang mencabar kerana bot tersebut akn membawa penumpang hampir kepada dasar air terjun sebelum sampai ke seberang sungai. Tapi saya tak berhajat untuk naik pun, tengok pun dah seram. Iye lah, dengan penumpang yang ramai dan juga tiada lilfejacket disediakan. Buatnya terbalik bot tuh, alamatnya selamat berenang laa yea. Selepas pusing2 di kawasan tersebut, kami pun terus ke tempat menunggu train di hentian Schloss Laufen tadi untuk menaiki train pulang semula ke Interlaken. Kami berada di Rhine Falls hampir 2 jam juga. Ianya suatu pengalaman yang unik dan penuh mencabar. Yup, memang tak sangka dapat tiba di air terjun terbesar ini. Tempat yang begitu indah. Ianya menjadi minat setiap penggemar fotografi landskap untuk merakam keindahan alam ini, termasuk lah saya. Alhamdulillah, ianya terlaksana bersama ahli keluarga.

15
Arus yg kuat dan jumlah air yang begitu banyak mengalir

16 17

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *