Switzerland Part 4

Hari ketiga di Switz, kami membuat keputusan untuk ke tempat menarik seterusnya, iaitu Schynige Platte yang terletak kurang lebih 12 km dari hotel kami. Tak jauh kan? hehe. Hari ni kami memang nak buat aktiviti jalan dekat-dekat sahaja psl semalam dah bermacam-macam kenderaan yang kena naik dari pagi hingga ke petang. So takut anak-anak penat (org dewasa pun :)), kami melawat tempat-tempat berdekatan sudah ler.

160

Seperti biasa, waktu pagi sebelum bertolak kena sarapan dulu. Tapi kali ini, kami dah tak makan kat bawah dah. Awal-awal pagi tadi bila bangun sudah masak nasik di bilik (menggunakan periuk nasi feberet). Bila nak keluar, terus bawa nasik yg sudah masak dan segala kelengkapan ‘perang’ yg lain untuk singgah di dapur hotel nih. ‘Share kitchen’ kat sini pelik sikit, letaknya diluar bangunan hotel (bersebelahan). Kunci pulak diikat di kayu yang ‘bagak’ juga laa dan diletakkan di kaunter check-in. Kalau baling anjing dengan kayu tu konferm ‘biol’ psl saiz kayu (key-chain) tu mmg besar. Ape la motif owner nih kami pun x pasti. Haha.

003

Selesai sarapan, dan memasak untuk dibuat bekal lunch nanti kami pun bertolak ke train station intelaken west. Sebenarnya kali ini kami hanya perlu menaiki bas untuk ke satu lagi train station untuk mendaki ke Schynige Platte tuh. Tiket bas tak perlu bayar, kerana owner hotel sudah bagi kad untuk menaiki kenderaan awam di pekan ni secara percuma. Hehe, baguskan? 🙂 Bila tiba di station, bas seterusnya ke sana lagi 15-20 minit akan bertolak. Jadi kami ambil kesempatan untuk ‘melihat’ barang-barang menarik yg ada disekitar kedai-kedai di situ.

Kami menaiki bas untuk menuju ke train station, dan perjalanan mengambil masa dlm 15 minit sahaja. Bas di sini memang punctual. Sampai masa jer, terus bergerak. Lepas tu pemandu bas plak style pakai kemas dan keadaan bas bahagian dalam amat ‘friendly’ kepada pelbagai jenis penumpang. Contohnya, kat bahagian tengah bas ada tempat khas untuk parking stroller dan juga kawasan luas untuk memuatkan basikal. Yup, kat sini, rata-rata orang travel menggunakan basikal. Jadi public transport diorang pun dijadikan mudah untuk rakyat mereka bergerak menggunakan basikal di sini. Bila bas berhenti, bahagian pintu masuk akan menjadi rendah (penggunaan suspension hidrolik) dan sama paras dengan ‘bahu’ jalan. Ini dapat menyenangkan mereka-mereka yg kurang upaya, yg membawa basikal dan juga stroller. Ermm..agak2 bila system bas di M’sia nak capai tahap mcm nih. Berangan jer laa..huhu.

007

Sampai di train station Wilderswil, kami terus ke tiket ofis untuk membeli tiket train untuk naik ke atas. Nampak ada train yg sudah bersedia untuk bertolak, tapi sudah penuh dgn penumpang. Kami ambil keputusan untuk menaiki train seterusnya kerana tidak mahu berasak-asak dengan penumpang yg sudah sedia padat. Ramai juga pelancong nak ke sana hari ni. Harap dipermudahkan perjalanan ke atas nanti. Tiket sudah dibeli, CHF 19 seorang dan kanak2 seperti biasa dikira travel percuma dengan orang dewasa.

Tidak lama kemudian, train yg dinanti pun tiba. Kami terus menaiki train tesebut, kerana risau jika lambat akan penuh lagi dan tiada tempat duduk. Kali ini kami dapat duduk di satu kabin yg sama. Mula-mula risau juga bila naik kerana hampir keseluruhan kabin train dibina dengan kayu. Memang nampak ‘oldiest’ dan ‘cool’ juga. Tiada air-cond, jadi kami kena berharap dengan tiupan angin dari luar sahaja melalui tingkap yang boleh dibuka dengan menarik ke bawah. Saya apa lagi, melekat di tepi tingkap laah kerana itulah port yg paling best untuk mengambil gambar. Pemandangan sepanjang perjalanan ke atas amat indah sekali. Dengan kehijauan rumput di sepanjang lereng-lereng bukit, dengan dihiasai dengan deretan pokok-pokok pine (kat M’sia susah nak jumpa pokok ni, haha); ianya suatu pemandangan yang amat mepesonakan.

010 027

Lebih kurang 40 minit kemudian, kami tiba di puncak. Perjalanan dengan train kali ini agak perlahan juga. Mungkin kerana kena mendaki ketinggian 2,000 meter untuk tiba di atas, jadi kelajuan train menjadi kurang. Tapi, bila perlahan nih, dapat laa peluang untuk ‘set’ kamera di tingkap dan mengambil gambar dengan lebih terancang. Kalau tak, biasanya bila dalam train main petik jer butang shutter. Haha.

Tiba di atas, kami terus keluar dari train dan kali ini terpaksa mengangkat 2 orng budak kecik yg khusyuk tidur dalam train sepanjang perjalanan tadi. Waduhh..berat juga tu. Faheem saya letakkan di dalam stroller, dan Nuha terpaksa laa Leeni yang dukungkan. Hanya Nida yg tak tidur, tapi perlu dukung juga; mami laa yang kena angkat yea :). Saya menolak Faheem dalam stroller, dan akan melalui perjalanan yang mencabar untuk mengangkatnya naik dengan stroller ke satu bahagian di atas untuk melihat kawasan bunga-bunga gunung yg tumbuh meliar. Untuk kesana, tiada laluan stroller disediakan, bermakna kena gagahkan tangan angkat laa..fuuhh, berat wehh…

030 041

Kami berada tidak lama di situ, kerana kawasan tersebut agak sempit dan ‘gelewak’ dengan pelancong yg lalu di kawasan itu untuk naik ke atas lagi. Kami turun semula dan berjalan melepasi stesen keretapi untuk menuju ke restoran untuk minum-minum di sana. Cuaca panas, tetapi angin masih dingin dan anggaran suhu lebih kurag 24-26 celcius. Jadi berjalan pun takderlah berpeluh-peluh, melainkan kalau pakai baju2 tebal. Haha.

Perjalanan ke restoran memang mencabar. Walaupun ada jalan untuk stroller ke sana, tetapi agak cerun juga. Memang menguji kekuatan pinggang belakang, kerana kami terpaksa menapak ke atas lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke restoran tersebut. Walaupun begitu, ianya suatu pengalaman yang menarik dan berbaloi bila dapat melihat pemandangan gunung-ganang yang begitu indah terutama bila melihat dari ‘look-out’ point di restoran tersebut.

047052

Tiba di restoran, saya terus ke kafe untuk membeli sedikit minuman panas untuk Leeni & Mami. Untuk anak-anak, saya belikan aiskrim. Makanan mmg ada, tapi kalau dah kat europe ni mmg susah laa nak carik yang halal, jadi kena sentiasa berhati-hati. Sebenarnya tak risau untuk makan kat restoran nih, kerana kami sudah bawa bekal yang dimasak pagi tadi; nasi goreng dgn serunding daging. Hehe. Di restoran nih kami hanya layan minum hot chocolate dan teh panas sambil menikmati udara dingin yang segar dan sejuk. Memang ‘superb’ view dari sini. Kalau ikutkan, memang tak puas menatap keindahan bukit bukau dan gunung yg diliputi salji yg memutih. Ianya suatu pengalaman yang luar biasa. Kami melepak lebih kurang setengah jam juga di restoran tuh. Usai minum, kami berjalan turun ke kawasan train station tadi, dan mencari port sesuai untuk berkelah. Iyelah, perut pun dah lapar nih kan. Dengan udara yg sejuk, lagi laa senang trigger alarm untuk makan. Hehe.

3
Lunch yg ditapau dari hotel tadi
2
Sekitar kawasan pergunungan
1
Makan ringan di restoran berdekatan

Sampai di stesen, kami menjumpai satu port yang menarik untuk berkelah makan tengahari. Kawasan yg ada bangku dan agak terlindung dari laluan org ramai juga teduh menjadi pilihan. Matahari hampir tegak di kepala. Saya terus sahaja makan nasi goreng (yg walaupun sudah sejuk) dicampurkan dengan sambal daging. Mami dan Leeni pun begitu berselera juga. Barangkali semua orang pun dah lapar. Nuha & Faheem juga tak ketinggalan untuk turut serta. Sambil makan, kami menikmati pemandangan yg cantik dikawasan sekitar stesen. Kelihatan masih ada tompokan-tompokan salji di kawasan sekitar stesen keretapi yg masih belum habis mencair. Faheem dan Nuha sudah excited bila dapat main sekali lagi dengan salji di kawasan sekitar. Mungkin semalam belum puas main di First kut, itu yang excited semacam jer diorang nih. Saya hanya mengawasi anak-anak sambil melayan kerenah mereka sementara menunggu train sampai untuk kami pulang ke bawah. Tanpa disedari, kami menghabiskan masa hampir 2 jam juga diatas ini. Ianya suatu pengalaman yg santai dan tidak dapat dilupakan.

Sambil menunggu next train untuk pulang ke bawah
Sambil menunggu next train untuk pulang ke bawah

Kami tiba di Wilderswil sejam kemudian, dan terus ke perhentian bas untuk menaiki bas pulang ker Interlaken West. Perjalanan pulang ke hotel lancar dan kami tiba di hotel kurang lebih pukul 3.30 petang. Di sini, siang masih panjang kerana maghrib hanya akan menyusul pada pukul 9 malam nanti. Jadi kami bercadang untuk pulang berehat, tidur secukupnya dan petang nanti keluar ke pekan Interlaken West untuk berjalan-jalan ‘window-shopping’.

Kami keluar ke pekan lebih kurang pukul 5.30 ptg begitu. Cuaca redup sahaja, dan langit kelihatan mendung. Mungkin sebentar tadi ada hujan yg turun tapi kami tak sedar dek kerana sibuk melayan mimpi di siang hari kut, hehe.

Bandar ini dikira tidak lah sibuk mana pun. Kereta pun tak banyak, dan kebanyakan penduduk di sini menggunakan basikal dan pengangkutan awam sebagai ‘main transportation’ diorang. Memang bagus, dari segi ‘traffic jem’ memang tiada dan udara juga boleh dirasa amat bersih & nyaman sekali.

Pusing2 sekitar bandar Interlaken
Pusing2 sekitar bandar Interlaken
6
Jalan-jalan sambil nak pergi ATM, cash sudah abess!
5
Cuaca agak sejuk juga…

Kami berjalan-jalan sekitar kawasan kedai cenderamata, dan juga kedai-kedai jam yang boleh dikatakan agak banyak juga di sini. Memanglah, Switz amat terkenal dengan industri pembuatan jam. Carilah jenama apa, semua nya ada dan ianya boleh didapati di kedai-kedai jam yang kecil dan sederhana sahaja. Sambil pusing-pusing, sempat juga beli sedikit souvenir termasuk pisau terkenal buatan Swiss Army. Kalau beli di M’sia mahal juga pisau serbaguna ini. Bukan apa, hanya nak buat kenangan yang kami dah berjaya sampai di Switz. Hehe.

Waktu hampir gelap. Malam ni rasanya tak nak dah makan masakan Brahim’s untuk dinner. Bukan apa, dah banyak hari dah duk ‘belasah’ masakan Enchek Brahim’s. Muka pun dah macam nasi briyani segera dah ni. Haha.

Jadi untuk dinner kali ini, kami singgah di restoran Pakistan yang terletak berdekatan dengan Interlaken Train Station. Kami pesan beberapa jenis roti, dan juga nasik yg di lengkapi dengan kari kambing. Perghh…kari kambing nya memang menjadi, siap bleh buat cicah ngan roti nan lagi. Makan malam kali ni mmg menyelerakan. Faheem dan Nuha pun bersemangat, pasal dapat makan roti nan (feberet nih). Usai makan, kami berjalan pulang menuju ke hotel. Waahh..penat pun ada. Mengantuk apatah lagi kan. Balik hotel lepak2 dan surfing sedikit sebanyak info tentang tempat2 menarik lain yg harus dilawati. Wifi di hotel ni free sahaja, dan kelajuan nya juga tidak mengecewakan :).

Ekspidisi esok hari akan bermula awal pagi. Kali ini kami akan merantau jauh ke utara Switzerland untuk melawat tempat menarik, Rhine Falls (air terjun terbesar di Europe). Yess, excited dah nih. Dup-dap, dup dap….tp untuk hari ini, kita tido dulu pulihkan tenaga..zzzzz…! Selamat malam semua.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *