Switzerland Part 3

Jam menunjukkan waktu 4.00 pagi. Waktu untuk bangun, berwuduk dan solat subuh. Di sini, subuh masuk seawal pukul 2.58 pagi dan waktu syuruk pula lebih kurang pukul 5.40 pagi. Ianya sesuatu yg janggal, dan bukan senang untuk ‘tune’ waktu tidur dan pada masa yg sama mengejar waktu solat yg amat ‘pendek’ waktunya terutama waktu malam.

Usai solat, saya sempat buka internet untuk mencari beberapa maklumat tentang perjalanan untuk ker Harder Kulm pagi nanti. Ahh, nampak mcm dekat sahaja dari hotel tempat kami menginap. Baiklah, esok misi bejalan kaki sahajalah. Jenguk anak-anak yang masih lena tidur. Faheem tido di bawah, beralaskan selimut tebal yang di ‘kidnap’ dari bilik mami. Asalnya untuk sebuah lg katil di bilik mami, tapi since mami duduk seorang sahaja, jadi kami pun terus angkut apa2 yang perlu ke bilik kami. Hehe.

Lebih kurang jam 6 pagi, semua sudah bangun. Nak mandikan pula dan siapkan anak-anak (pakai pakaian beberapa lapis) memang tugas yg mencabar. Tapi saya serahkan sahaja kepada yang pakar, Leeni. Saya tolong-tolong buat ‘finishing’ sahaja, haha. Lepas semua selesai, kami ke bawah untuk breakfast. Menu yang bleh makan; roti, butter dan cheese sahajalah. Nampak gaya, esok nak kena masak ler pagi-pagi, mana tahan makan roti jer pagi2 kan. Biasa kat Msia belasah naik lemak, nasik goreng dll. Ini roti 2-3 keping, tak bleh jadi nih ๐Ÿ™‚

184

Usai sarapan, kami memulakan perjalanan ke Harderbahn (stesen keretapi) untuk naik ker Harder Kulm (terletak 1200 meter dari aras laut). Perjalanan santai mengambil masa kurang lebih 20 minit. Cuaca yang sejuk dan angin segar yg dingin di waktu pagi membuatkan perjalanan agak selesa dan tidak terasa jauhnya. Kami menyusuri anak sungai yg berlatar belakangkan gunung ganang yang indah. Air yg kehijauan ternyata mengindahkan lagi suasana pagi. Jarang sekali atau boleh dikatakan hampir tiada sampah sarap yg dijumpai terapung di permukaan air. Ianya satu pemandangan yg menakjubkan.

193 196

Lebih kurang 20 minit kemudian, kami tiba di Harderbahn. Kecil sahaja stesenya. Untuk ke atas, kami dikenakan bayaran sebanyak CHF 13 seorang, dan untuk kanak-kanak ianya percuma. Tidak lama menunggu, keretapi kabel pun tiba. Ianya direka dengan kecondongan lebih kurang 75 darjah, seiringan dengan kecondongan bukit itu sendiri. Perjalanan ke atas mengambil masa lebih kurang 8-10 minit sahaja. Bergerak sahaja keretapi, kami dapat melihat bandar Interlaken yg indah dari pandangan tempat yang tinggi. Ianya begitu mempesonakan, dengan berlatarbelakagkan banjaran gunung dan kelihatan kedua-dua tasik yang memagari bandar ini. Patutlah namanya ‘Interlaken’; antara dua tasik.

213 226

Sampai sahaja di atas, kami perlu berjalan lebih kurang 500 meter sebelum tiba di kawasan anjung tinjau. Sungguh menarik, di puncak ini ada disediakan ‘look-out’ point dan kawasan untuk minum-minum dan berehat. Terdapat juga taman permainan untuk kanak-kanak. Apalagi, sampai sahaja Nuha & Faheem terus ke tempat permainan. Ada replika keretapi yg diperbuat dari kayu, mmg teruja bebudak nih. Takpe, sementara diorang asyik main tuh, saya terus sahaja mencari spot-spot menarik untuk merakam gambar. Memang menarik, dan pemandangan dari puncak ini sungguh indah sekali. Susah juga nak gambarkan ngn kata-kata, so better tengok gambar jer laa kan ๐Ÿ™‚

229 241 248

Kami lepak-lepak kat atas nih hampir sejam juga. Cuaca agak panas, membuatkan masing2 mencari air. Sebelum turun, kami layan aiskrim dulu kat atas ni. Ada jual, cuma harga agak ‘mencekik’ juga la. Tapi tak kesah, bukannya hari-hari pun datang sini kan. Janji bebudak semua okey and tak ‘berona’. Hehe.

255 293 269

Sesudah puas menikmati pemandangan (sebenarnya tak puas lagi, tapi terpaksa turun untuk ke destinasi seterusnya) kami pun terus ke stesen untuk menaiki keretapi kabel turun semula ke bawah. Sepanjang perjalanan turun, kami melihat beberapa kawasan landasan yg dlm penyelenggaraan. Walaupun sistem keretapi ini agak lama, tetapi dari segi ‘maintenance’ boleh dikategorikan sebagai amat bagus juga kerana keseluruhan sistemnya yg berjalan lancar.

297

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Train Station Interlaken Ost dengan berjalan kaki. Jarak nya tidak jauh, 10 minit perjalanan sahaja. Tujuan destinasi seterusnya ialah untuk ke Grindelwald First. Tempat ini adalah satu lagi destinasi tanah tinggi, yang mana gunung sentiasa diseliputi oleh salji hampir sepanjang tahun. Kami menaiki train dari Interlaken Ost ke Grindelwald yg memakan masa lebih kurang sejam. Pemandangan sepanjang perjalanan amatlah memukau. Landasan keretapi di bina di sepanjang anak sungai yg berlatarbelakangkan gunung ganang. Kelihatan juga rumah-rumah penduduk tempatan yang agak unik, ringkas dan cantik. Ianya suatu pemandangan yg cukup damai dan indah.

324
Pemandangan indah, nyaman dan menarik sepanjang perjalanan ke Grindelwald

300 355 346 338 335 327

Tiba di pekan Grindelwald, kami terus berjalan kaki ke stesen kereta kabel untuk naik ke First. Sebenarnya, pekan ini juga terletaknya stesen-stesen kereta kabelย  untuk naik ke tempat-tempat menarik yang lain seperti Jungfrau yang berketinggian 4,000 meter dari aras laut. Tapi untuk kali ni, kami akan cuba ke First dulu kerana di atas sana pun ada salji. Bukanya apa, Faheem dan Nuha begitu teruja untuk cubaan pertama kali bermain dengan salji. Entah macam mana nanti, kita tengok jer laa yea. First terletak lebih 2,000 meter dari aras laut, dan untuk keatas perlu menaiki kereta kabel @ gondola dengan bayaran CHF 28.50 seorang (kanak-kanak tidak dikenakan bayaran). Perasaan berdebar untuk menaiki kereta kabel kian terasa. Maklumlah, mencabar juga untuk masuk dengan pantas bersama dengan sebuah stroller. Ianya bukan senang juga. Alhamdulillah, urusan berjalan lancar. Faheem & Nuha pun senang untuk dikawal semasa naik dan turun dari kereta kabel. Waktu tertentu, mereka pula yang lebih2 suruh kami orang dewasa untuk bersegera keluar atau masuk ke dalam kereta kabel. Risau la tu takut tak sempat. Hehe.

360

Sepanjang perjalanan ke atas juga, kami dapat melihat lembu-lembu yang sibuk meragut rumput. Ada bunyi loceng yg berturutan bila kami melepasi kawasan ternakan lembu ini. Rupanya, lembu-lembu di sini dipakaikan loceng di leher, mungkin untuk senang di cari jika ada yang sesat. Hehe.

Salji-salji juga kelihatanya banyak yang sudah mancair. Yup, sekarang musim panas, dan salji yang mancair membentuk aliran air yang indah disekitar lereng-lereng gunung.

384
Makan tgh hari di Bort

381

Separuh perjalanan, penumpang diberi pilihan untuk berhenti seketika di Bort, di mana ada disediakan tempat rehat untuk minum-minum dan juga ‘playground’ untuk kanak-kanak. Kami berhenti di sini seketika, untuk makan tengah hari (walaupun dah ‘pekena’ satu round di train station Interlaken Ost tadi) dan juga untuk bagi peluang pada Faheem, Nuha & Nida bermain di playground. Excited betul budak-budak nih bila dapat turun dan ke ‘playground’. Nak kata permainan kat situ banyak, tak juga. Tapi apa yg ada mmg menarik perhatian, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun boleh ‘ralik’ melepak disitu. Kawasan ini juga begitu cantik, dengan bunga-bunga kecil kuning yg bertebaran tumbuh di atas rumput yg menghijau, berlatar belakang kan gunung-ganang yang diliputi salji di kemuncak, ianya begitu indah untuk digambarkan. Masya Allah, ciptaan Allah SWT yang Maha Agung. Kita makhluk hanya mampu menatapi dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.

429 442

Kami menghabiskan masa hampir sejam di Bort, menikmati keindahan alam semulajadi dan meluangkan masa bermain dengan anak-anak. Ternyata keceriaan terserlah di muka mereka, dapat melepak di playground. Siap ada aksi main pasir lagi tuh. Sebelum bertolak manaiki kereta kabel semula untuk ke First, kami solat Zohor dulu disekitar kawasan ini. Check arah kiblat menggunakan perisian ‘Prayer Time Pro’ di telefon, amik wudhu’ di bilik air (orang tak ramai sini, tapi airnya..perghhh…mcm aiss sejuknya) terus sembahyang. Alhamdulillah, setelah semua selesai, kami menaiki kembali kereta kabel untuk ke destinasi seterusnya, First. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 20 minit untuk sampai ke kemuncak.

470
Puncak FIRST

463

Hampir tiba di stesen kereta kabel di First, kami melihat beberapa pelancong yang sedang menaiki ‘The Flyers’ (badan terikat atau tergantung di harness, dan diluncurkan dengan laju ke bawah). Nampak memang menyeramkan, tapi ‘excited’ juga bila tengok kan kelajuan luncuran tersebut. Ermm, takper lah. Rasanya tak perlu try kut, kang tak pasal-pasal pening kepala plak. Sampai sahaja di stesen, kami keluar dan menyaksikan keseluruhan kawasan yang masih penuh dilitupi salji. Waahh..menarik nih. Boleh buat terjun tiruk dalam salji gini. Faheem terus sahaja ke bawah, dengan tidak memakai ‘glove’ terus bermain dengan salji. Hehe, dapat hajat la tuh. Tapi seketika sahaja, kerana selepas itu tangan nya terasa kebas (mmg ler, glove pun tak pakai..huhu) dan teruss jadi bad-mood. Kami sempat ambil gambar berlatar belakangkan gunung ganang yg bersalji sebagai kenangan. Nuha pula, buat tilek sahaja makan biskut atas stroller, dan tak nak turun kerana takut sejuk. Hehe, macam-macam laa bebudak nih. Apa pun, misi tercapai jua nak bawak diorang main salji.

477 487 481

Kami berada di atas lebih kurang setengah jam. Lagipun ketika itu jam sudah hampir pukul 5 ptg. Tempat pun hampir nak tutup dah. Jadi kami terus manaiki kereta kabel ke bawah, sebelum tempat tersebut di tutup. Kang tak pasal-pasal kena tidur kat atas plak. Hehe. Hampir 40 minit kemudian, kami tiba di bawah (pekan Grindelwald) dan meneruskan perjalanan ke stesen keretapi untuk pulang ke Interlaken Ost. Walaupun agak penat, tetapi perasaan puas tetap terasa kerana berjaya juga sampai ke tempat yang selama ini hanya boleh dilihat dan digambarkan melalui filem-filem. Ntah berapa laa ‘shutter count’ kamera saya sepanjang perjalanan hari ini. Yang nyata, ianya merupakan suatu pengalaman yang sungguh berharga. Sampai di Interlaken Ost, kami mengambil bas (free sahaja, tak perlu bayar) ke Interlaken West dan seterusnya berjalan kaki ke hotel. Tiba di hotel hampir malam (kat sini maghrib pukul 9 mlm) dan semua berehat untuk memulihkan tenaga untuk ekspedisi esok hari pula.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

2 thoughts on “Switzerland Part 3”

    1. Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Tak pasti sekarang bagaimana, tetapi masa kami ke sana, untuk naik ke First masih dikenakan bayaran. Swiss travel pass yang kami beli hanya untuk kenderaan darat dan ferry sahaja dan tidak termasuk kabel car di First. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *