Switzerland Part 2

Selesai pesawat mendarat di airport Geneva, kami terus ke kaunter tiket keretapi. Train system disini dikenali dengan nama SBB CFF FFS. Kami membeli tiket Swiss Flexi Pass untuk 3 dewasa. ‘Flexi Pass’ ini utk 4 hari perjalanan, berkmana kami boleh mengaktifkan nya pada bila-bila dan digunakan selama 4 hari yg tidak semestinya berturut2. Pakej yg kami ambil ialah ‘family package’ dimana kanak-kanak travel percuma bersama org dewasa, tiada bayaran. Harga tiket ialah CHF 804 untuk semua org.

Selepas itu, kami terus ke train station yg bangunan nya bersamabung dengan airport. Pada mulanya ingatkan nak singgah sekejap pusing2 di bandar Geneva, tapi memandangkan banyak bag2 besar yang perlu di uruskan, kami ambil keputusan untuk terus ke hotel. Hotel penginapan ditempah di kawasan yang bernama Interlaken (bahagian tengah negara Switz). Kami menaiki train kesana, bermakna tiket yg dibeli terus di aktifkan pada hari pertama perjalanan.

Keseluruhan perjalan kami dari Geneva ke Interlaken mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan train. Ianya perlu melalui satu pertukaran train di Bern. Sampai di Bern lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan, dengan bag yg besar (tp ada roda :)) kami bergegas ke platform seterusnya untuk menaiki train Bern ke Interlaken. Tetiba cuaca disini agak sejuk dan berangin. Faheem yang sebelumnya okey, tetiba mengadu kesejukan. Mungkin terkejut dgn cuaca kut. Saya pakaikan sehelai lagi baju, untuk mengurangkan kesejukan badan nya. Harapnya Faheem ok.

066

System train SBB ni mmg tepat masa tiba dan masa berlepas train. Dan jarak masa antara train juga tidak lama, bermakna jika terlepas pun, akan ada train ke destinasi yang sama dalam 20 minit kemudian. Ianya satu system integrasi pengangkutan yang cekap dan amat menepati masa. Perjalan seterusnya, kami menuju ke Interlaken yang mengambil masa 1 jam.

Dalam perjalanan ke Interlaken, Faheem agak monyok, dan badan pun agak panas. Rasanya terkena demam ‘terkejut’ dek cuaca yg ekstrem sekejap tadi. Mujur semasa di Airport Kota Bharu, saya ada belikan beberapa ubat utk bekalan, termasuk panadol untuk kanak2. Kalau demam masih berterusan, nampaknya terpaksa laa bagi 1-2 biji kepada Faheem bila dah sampai nanti, untuk kurangkan suhu badan yg agak panas.

088
Train station di Interlaken

Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Interlaken. Jam menunjukkan hampir pkl 12 tgh hari. Cuaca terang, tetapi suhu agak dingin. Mungkin dalam 23-24 celcius. Keluar sahaja dari train, angin dingin menerjah pipi. Ianya suatu perasaan yang nyaman dan tenang. Udara dirasakan amat bersih dan segar. Kami terus ke kaunter informasi di ‘ticket ofis’. Setelah bertanya, kami dapati hotel kami berada lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari stesen keretapi. Memang bagus, nampaknya Leeni sudah buat ‘research’ yang terbaik dalam memilih hotel untuk menginap.

Kami tiba di Hotel hampir pukul 12.30 tgh hari, selepas berpusing-pusing mencari jalan dari stesen keretapi ke situ. Disini, orang nya amat peramah. Tanya sahaja, pasti mereka bersungguhhhhh-sungguh memberitahu kita info yang diharapkan. Nama hotel kami, Swiss Lodge. Terletak berhampiran sungai di Interlaken West.

098 096Sampai di hotel, kaunter check in masih tertutup. Terkejut juga, tapi kat tepi kaunter siap ada notis yg menyatakan kaunter hanya kan dibuka pada pukul 3 ptg – 10 mlm, dan antara 8 pagi – 10 pagi sahaja. Aduss…ada juga style kaunter hotel buka macam nih. Nak buat macamana. Perut dah berkeroncong, setelah menempuh perjalan yang agak jauh, nak masuk bilik pun masih tidak berjaya. Kami putuskan untuk pergi lunch dulu. Tapi tak sanggup untuk mengheret bag2 besar bersama. Jadi kami bincang dgn tokey restaurant yg terletak di bawah hotel tersebut untuk tumpang letak bag kami sementara kami pergi lunch. Mujurlah pemilik restoran bersetuju. Jadi kami simpan semua bag kami dalam restoran itu dan terus keluar untuk mencari makanan. Laparr wooo….

100 105Dalam 10 minit bejalan, tiba di sebuah restoran org Turki yang jual Pizza. Nampak ada label ‘Halal’ tampal di luar kedai. Jadi kami pun terus sahaja masuk. Tuan kedai nampak kami jer terus bagi salam dan mempersilakan kami duduk. Kedainya tidak besar mana, simple sahaja. Dihujung meja belakang kami ada kumpulan warga arab yg turut makan disitu. Kami pesan pizza sebiji dan spageti untuk Faheem. Tuan kedai agak peramah juga. Mungkin syle orang kat sini kut, semua jenis banyak cakap. Faheem masih ‘mandom’…badanya masih panas. Saya suap dia dgn spageti, mungkin lapar jadi banyak juga dia makan. Lepas makan, saya suapkan panadol 2 biji (hancurkan dulu pakai air, kerana Faheem tak pandai telan ubat biji). Mungkin kerana rasanya yg pelik, terus dia termuntah dan keluar semua spageti yg baru dimakan tadi. Aduhh, kesian sungguh. Katanya badanya makin sejuk. Kami percepatkan makan, dan terus berjalan pulang ke hotel, dengan harapan ‘reception’ kaunter sudah dibuka. Tiba di hotel pukul 2.30ptg, dan mujurlah kaunter sudah di buka. Receptionist lelaki (kepala botak, Micheal namanya) mengalukan kami dan urusan untuk mengambil kunci bilik berjalan lancar. Kami tempah 2 bilik. Mami di tingkat dua dan kami di tingkat tiga. Selesai urusan check-in kami terus kebilik. Faheem dah meringkuk dah, panas badanya. Kali ini saya cuba lagi untuk dia makan ubat, dimana kali ini saya hancurkan tablet panadol tu dan masukkan dalam air oren. Mujurlah dia minum dan rasa oren tuh barangkali meneggelamkan rasa pahit panadol, jadi tiada muntah kali ini. Selepas itu, Faheem terus tido. Harapan moga dia cepat recover. Mungkin terlampau letih dgn perjalanan yang panjang & terkejut dgn cuaca yang agak ekstrim disini (sekejap sejuk, sekejap panas).

120

Oleh kerana terlampau letih, tiba sahaja di bilik kami semua terlelap. Perjalanan keseluruhan dari Kota Bharu ke Hotel mengambil masa lebih kurang 26 jam. Alangkan sedapnya bila dapat baring di katil. Huuuhh…memang hari ini kami akan stay di hotel sahaja, merehatkan badan dan memulihkan tenaga untuk perjalanan esok hari. Mulanya ingatkan nak jalan-jalan di bandar, tapi memandangkan Faheem pun belum ‘recover’ ditambah pula dengan kaki dan belakang kami pun dah berdenyut-denyut lenguh yang amat, jadi terus tukar plan dari nak berjalan ke berehat sahaja. Kepala terasa ‘berdengung’ kerana waktu tidur yang tidak terurus dan bertukar dari normal. Waktu ini, Switz mengalami siang yang panjang manakala malam yang agak pendek. Ianya waktu ‘summer’ yang menarik. Amat sesuai untuk melawat tempat-tempat menarik memandangkan waktu siang yg agak panjang. Tidur dulu laa…zzzzz…!!!

Waktu menunjukkan pukul 6.30 ptg. Saya terbangun dari tidur. Teringat yang saya kena keluar sekejap untuk ke ‘money changer’ untuk menukar duit Euro yang dibawa ke CHF untuk bayaran hotel. Ingatkan cukup dah, tapi terilap kira yg menyebabkan tak cukup plak duit. Masalahnya hotel ini hanya menerima bayaran tunai sahaja, itu yang leceh sedikit. Selepas sembahnya asar, saya terus keluar dan berjalan kaki menuju ke train station tadi. Di situ ada Money Changer. Tapi bila sampai, kaunter sudah tutup kerana pada waktu tersebut, sudah lebih pukul 7ptg dan kaunter hanya dibuka semula pada pukul 8 esok hari. Aduss…nampaknya esok pagi sahajalah. Terpaksalah menebalkan muka untuk memberitahu Michael yang saya terpaksa membut bayaran esok pagi sahaja. Dia okey jer, luaran laaa kan. Dalaman sapa yang tahu. Nampaknya esok memang nak kena awal-awal keluar untuk tukar duit dan settle kan payment. Kang tak pasal-pasal kena keluar bilik pasal tak bayar, naya wooo…

127 129

Malam itu, Faheem bangun dan saya dapati badanya sudah okey dan tidak panas lagi. Dinner kami malam tu ialah nasi goreng kampung – Brahim’s yang direbus dalam periuk nasi yg dibawa sendiri dari M’sia. Haha, kat mana pun pergi, nasi juga yang dicarik. Mana bleh makan roti jer, ‘menggigil’ tubuh nanti. Hehe. Lepas makan, bagi lagi ubat untuk Faheem untuk pastikan yang demam nya benar-benar dah hilang. Lepas lepak-lepak sekejap, semua orang sambung tido lagi. Penat masih belum hilang. Esok plak sambung. Sebelum tido sempat bincang-bincang rancangan perjalanan esok hari. Harder Kulm menjadi pilihan, disusuli dengan Grinderwald First. Ianya hanya perancangan. Harap menjadi. Tak sabar rasanya untuk memulakan penjelajahan ke tempat-tempat menarik di sini.

164-1
Suasana sekitar pekan Interlaken

135 152

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *