Switzerland Part 1

Salam semua,

Switzerland, sebuah negara di Eropah yang terkenal dengan keindahan gunung ganang yang bersalji sepanjang tahun, yang bersempadan dengan Austria, Jerman, Italy, France dan  Liechtenstein. Penduduk nya bercakap dalam bahasa-bahasa negara sempadan, dan tiada bahasa khusus yg diwujudkan untuk penduduk Switzerland itu sendiri. Ibu negaranya berpusat di Bern, dan Bandar terbesar pula adalah Zurich. Antara negara yang aman dan tidak pernah terlibat dgn sebarang peperangan semenjak tahun 1815 dan juga negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi jika dibandingkan dengan lain-lain tempat di dunia.

Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat Switzerland selama seminggu baru-baru ini. Sebenarmya, sudah lama saya bercadang untuk melawat negara tersebut, dan ianya ditambah lagi bila membaca blog-blog yg memaparkan pengalaman rakyat Malaysia yg melancong ke sana dan bagaimana ianya dicoretkan dengan penuh rasa kepuasan. Tambahan lagi, pemandangan indah alam ciptaan Allah SWT di bumi Switzerland menambahkan lagi keterujaan untuk merakam pemandangan tersebut melalui kamera sendiri. Pasti menjadi suatu pengalaman yg sukar untuk dilupakan.

Baiklah, kami bertolak dari M’sia ke Switz pada 5 June 2013 dengan menaiki pesawat Etihad ke Abu Dhabi (transit) sebelum bertolak pula ke Switz 2 setengah jam berikutnya. Sebenarnya, perjalanan bermula dari Kota Bharu lg, 2 hari selepas kenduri adik. Kami menaiki pesawat Air-Asia, yg dijadualkan berlepas pada 1530. Walaupun pesawat ‘delay’ hampir sejam (biasalah tuh, tambah murah kan..), namun kami sempat sampai di LCCT dlm pukul 1645 hrs. Setelah selesai urusan mengambil bagasi, kami terus manaiki teksi dari LCCT ker KLIA. Tambang yg dikenakan; RM50 dengan perkhidmatan yg langsung tidak mesra pelanggan. Pemandu teksi asyik duk merungut sahaja kerana kami menaiki teksi nya (perdana cabukk) dgn 3 orang dewasa (saya, wife, mami), 2 kanak-kanak (Nuha & Faheem), dan sorang bayi (Nida). Katanya sepatutnya kaunter teksi member tiket van kepada kami. Hmm..nasib laa pakcik, marah kat org jaga kaunter laa kan?…Kami janji sampai KLIA jer.

Setibanya di KLIA, hampir pukul  ptg gitu, perkara pertama kami pergi balut bag dgn plastic kat ‘wrapper service kaunter’ dgn harga RM10 setiap bag. Kami balut sebijik jer, bag yg critical dan ada barang2 fragile (juga bekalan makanan J). Lepas itu, trus ke surau untuk sembahyang asar dan tukar duit MYR kepada USD dan juga CHF (matawang Switz). CHF dan USD exchange rate adalah lebih kurang sebenarnya. Cuma di KLIA, rate nyer agak tinggi sedikit berbanding jika ditukarkan di money changer biasa. Tapi apa bleh buat, kami tak sempat untuk tukar semasa di Kota Bharu. Bukan apa, bila pergi tempat money changer yg biasa kitaorang pergi (dekat Azam Photo kat Stesen Bas KB), kedai tu sudah pindah ker area Pantai Timur Supermarket. Pulak time tu jalan ‘jem’ yang amat, jadi terpaksa laa kansel plan.

Lepas tukar duit, terus cari kaunter Etihad, utk chk-in. Terpampang di ‘display board’ utama, kaunter Etihad berada di hujung sekali, kaunter no. 61. Kami terus kesana, dan mendapati sudah ramai penumpang yg berbaris untuk check-in. Nampaknya terpaksa juga beratur lama, tp yg menarik nya kaunter chk-in untuk Etihad Airline ni semua staff MAS Airline yg uruskan. Mungkin ada kerjasama kut, antara dua syarikat penerbangan nih. Urusan chk-in berjalan lancar, dlm pkl 07.15 mlm, semua bagasi sudah di chk-in, dan hanya tinggal hand luggage sahaja. Bagus, ringan laa sket lepas ni. Kami terus sahaja menuju ker ‘departure’ area untuk penerbangan antarabangsa. Ini kerana, flight kami akan berlepas pukul 8.35 mlm, dan nak kena naik train pulak tu untuk ker departure gate. Jadi baik bertolak awal. Sampai di kawasan perlepasan, kami terus ke gate pelepasan. Masa tu hampir pukul 8 mlm dah. Jadi ke surau dahulu untuk sembahyang Maghrib, jamak dgn Isyak terus kerana lepas nih akan menempuh perjalanan yg agak panjang. Mujurlah Surau hanya terletak berdekatan dengan balai berlepas.

Selesai solat, kami terus menunggu di balai berlepas. Perasaan bersemangat dan bersedia untuk menaiki penerbangan ini. Debaran pun ada juga, maklumlah sudah lama tidak ‘travel’ jauh sebegini. Faheem, Nuha & Nida semuanya masih aktif, barangkali teruja nak naik kapal terbang. Saya, Leeni dan Mami mengambil kesempatan untuk berehat seketika. Belum dampai 15 minit, kami semua telah dipanggil untuk menaiki pesawat. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Ramai juga penumpang yg bersama kami. Bermacam ragam. Pelbagai bangsa. Yup, Abu Dhabi telah menjadi ‘hub’ untuk penerbangan2 ke negara2 lain termasuk Eropah. Stroller Nida kami tinggalkan di pintu masuk pesawat, sebelum petugas pesawat membawa ke ‘luggage’ area. Masuk ke pesawat, kami dapati tempat duduk agak penuh, dalam 85% gitu. Nampaknya tak boleh laa nak baring berlunjur 2-3 kerusi dalam perjalanan nanti. Tapi takper, tempat duduknya agak selesa juga.  Setelah urusan semua selesai, pesawat kami berlepas ker Abu Dhabi pkl 8.40 mlm begitu. Dijadualkan tiba di sana pukul 11.30 mlm waktu Abu Dhabi (pkl 3.30 pagi M’sia) sebelum menaiki pesawat seterusnya ke Switz pukul 2.00 pagi waktu Abu Dhabi.

061

Tiba di Abu Dhabi airport, kami terus menuju ker departure gate seterusnya untuk ke Geneva. Dengan mata yg masih mengantuk, dan penat yg masih terasa selepas 7 jam perjalanan, kami terus meneruskan langkah. Tidak ramai penumpang yg menuju ker gate pelepasan yg sama dengan kami. Faheem masih mengantuk, jadi bila sampai sahaja di gate berlepas, terus tidur. Saya mebentangkan jaket saya sebagai alas untuknya.  Nida pula sudah nyenyak atas stroller. Pada masa ni, semua layan mengantuk sahaja sementara menunggu panggilan masuk ke pesawat seterusnya.

Selang 20 minit berikutnya, panggilan untuk masuk pesawat kedengaran di PA suara. Yup, kami akan menempuh satu lagi perjalanan yg panjang (lebih kurang 7 jam) sebelum sampai ke destinasi. Sejurus pesawat berlepas, kami terus terlelap kerana kepenatan dan masih ‘tune’ waktu Msia. Pesawat kali ini kecil sedikit, kalau tak silap, jenis 737 dan penumpang hanya 60 peratus penuh.

063
Tiba di Geneva airport

Tujuh jam kemudian, kami tiba di lapangan terbang Geneva pada waktu pagi, lebih kurang 8.00 pagi waktu Switz (pkl 2 ptg waktu M’sia). Perasaan teruja dan membuak pun ada kerana akhirnya tiba ke negara yang dituju. Syukur, semua ok dan anak2 pun tidak banyak kerenah sepanjang perjalanan. Cuma bila waktu tidur tak menentu, memang akan ada rengekan-rengekan kecil, biasalah, kanak2..hehe.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *