Salam Aidil Fitri 1436H

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, setelah sebulan menjalani ibadah puasa, Allah SWT telah memanjangkan umur kita untuk menyambut hari kemenangan, 1 Syawal 1436H.

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kedua ibu bapa, saudara mara, teman dan sahabat2 sekalian. Maaf di pinta sekiranya ada sebarang kesilapan sepanjang bersama dan berkenalan selama ini. Tidak kiralah dari segi percakapan, memek muka, perbuatan dan juga lintasan hati yang tidak biasa kami kuasai; seribu kemaafan di pinta.

Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua dan mendapat keberkatan-Nya, dunia dan akhirat.

Sebagaimana kebiasaan, kami sekeluarga menyambut raya di kampung halaman, di Kota Bharu Kelantan. Ianya sinonim dengan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang akan balik ke kampung halaman untuk meraikan Syawal bersama orang-orang tersayang. Kepada sahabat2 yg bertugas di luar persisiran pantai, terutama di pelantar-pelantar minyak & gas; pengorbanan kalian semua amatlah besar. Walaupun merindui anak isteri, tetapi demi tugas, ianya tetap jua diteruskan dan diharungi. Semoga bertabah hati 😉

Taqabbalallahu Minna Waminkum!

_DSC4423111Al-Fatihah buat arwah ayah yg telah kembali ke rahmatullah bulan April yg lalu.  Moga di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan mendapat perlidungan-Nya.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *