Restoran Kapal Terbang

Malam raya kelima, kami sekeluarga singgah di Restoran Kapal Terbang di Lundang, Kelantan untuk makan malam. Cuba mencari kelainan menu makanan setelah empat hari juadah hari raya menghiasi tekak dan berputar dalam perut. Kewujudan restoran ini agak ‘famous’ juga di KB kerana ia menampilkan kelainan dari segi reka bentuk kedai yg dihiasi dengan rekaan yang menggunakan kayu pada siling dan tiang-tiang di dalam restoran. Nampak tradisional, tetapi perabot kerusi dan meja makan menggunakan ‘design’ yg agak moden dan ‘nampak’ mahal. Di ruang makan juga terdapat air terjun buatan dengan air yg menambah bunyi menderu, di hiasi dengan pelbagai ikan peliharaan bersaiz besar dan pelbagai warna. Paling ‘ultimate’ di atas bumbung restoran ini dihiasi dengan sebuah kapal terbang replika bersaiz besar yg berwarna putih. Ini lah yg menyebabkan kedai ini nampak unik dari segi luarannya yg dikira berjaya menarik pelanggan ke situ.

_DSC4428Dari Luar, Restoran Kapal Terbang

Pelanggan begitu ramai ketika kami tiba di restoran. Alhamdulillah, mujurlah ada meja kosong di sebelah dalam, berdekatan dengan kawasan air terjun buatan. Keadaan dalam kedai agak sesak dengan orang ramai yg menunggu makanan dan juga pekerja yang kehulu-kehilir mengambil pesanan makanan dari meja ke meja.

_DSC4431 _DSC4432

Pemerhatian kami, banyak juga meja yg masih kosong menantikan makanan tiba. “Aduss, konfirm lambat nih makanan sampai”, hati terdetik. Kami mencuba ‘Burger Kapal Terbang’, Nasi Goreng Ikan Masin dan Nasi Goreng Kapal Terbang. Minuman pula kami pesan Fresh Oren, Teh-O Ais dan Bandung Soda. Melihatkan menu yg disediakan, tiadalah spesial sangat pun. Pilihan menu yg ada pun bagi saya agak ‘limited’. Cuma perkataan kapal terbang ditambah pada menu tertentu untuk membuatkan ia nampak spesial.

_DSC4441

Nasi Goreng Kapal Terbang_DSC4440

Nasi Goreng Ikan Masin_DSC4439Burger

Kami menunggu makanan tiba sambil anak-anak bermain sekitar kolam buatan dan teruja dengan ikan-ikan yang berenang di kolam tersebut. Oleh kerana kedai ini terletak betul-betul bersebelahan jalan utama, jadi tempat parking kereta menjadi begitu terhad. Restoran menyediakan perkhidmatan ‘Jockey’ yg mana pelanggan hanya perlu meninggalkan kunci kereta akan dibawa ke tempat parking khas di belakang restoran. Buat masa sekarang, tiada bayaran dikenakan. Mungkin kerana masih baru beroperasi, apapun ianya selesa buat pelanggan.

_DSC4450 _DSC4445 _DSC4444

Hampir 20 minit kemudian, barulah makanan kami siap. Nampak ‘simple’ sahaja. Ingatkan Burger dan Nasi Goreng kapal terbang yg kami pesan adalah sesuatu hiasan atau dekorasi yang unik. Tetapi nyata tidak. Rupanya sekadar nasi goreng biasa2 sahaja yg boleh di dapati di mana-mana kedai makanan. Walaupun rasanya boleh tahan, tapi ketiadaan ciri2 unit itu membuatkan kami hampa juga. Belum lagi cerita harga makanan tersebut yg agak mahal.

Kami terus sahaja menghabiskan makanan yang ada kerana suasananya yang agak sesak membuatkan keadaan menjadi agak kurang selesa. Mungkin kerana pelanggan hari ini agak ramai dek kerana ramai anak kelantan yang masih berada di sini menyambut raya yang masing2 ingin mencuba masakan di restoran kapal terbang ni, ala-ala Pilot Cafe? Haha.

_DSC4449

Bagi saya, restoran ini boleh di perkemaskan menjadi restoran yang lebih baik dan ada umphh!. Tokey restoran mungkin boleh menimbangkan perkara berikut:-

– Mengurangkan pekerja di bahagian ‘Jockey’, sampai 3 orang?? Belum lagi kira penyambut tetamu / pelanggan dua orang. Menambah bilangan pekerja untuk mengambil pesanan di meja dan menghantar makanan (‘jong kako”) kerana nampak sangat tak cukup ‘tangan’ dan makanan lambat sampai.

– Menyusun kembali aturan meja makan supaya lebih kondusif. Jarak antara meja terlampau dekat dan orang sebelah (dalam kes ini saya) terpaksa bangun dari kerusi, untuk memberi ruang kepada pelanggan sebelah meja kita keluar. Amat tidak patut.

– Menu hidangan makanan yang agak terhad. Tiada ‘KILLER’ menu yg membolehkan orang teruja untuk makan di situ. Setakat menggunakan perkataan ‘kapal terbang’ pada menu2 biasa TIDAK cukup untuk membuatkan pelanggan datang buat kali kedua.

– Hiasan dalaman restoran tiada kena mengena dengan unsur yang cuba ditambilkan di luar dengan replika kapal terbang di atas bumbung restoran. Seharusnya, dalaman harus menampilkan gaya2 atau ciri2 yg sama. Mungkin boleh di gantung mainan/replika kecil kapal terbang sekitar dalam restoran, atau papan elektronik sebagaimana yang terdapat di airport2 dengan memaparkan menu di situ, dll lagi hiasan yang ada kaitan agar nampak keserasian.

– Surau perlu dibesarkan lagi. Mana mungkin kedai makan yang begini besar hanya menyediakan tempat sembahyang yg agak sempit. Tambahan pula, bilik itu dibuat bersebelahan dengan tandas. Ini memang tidak sepatutnya berlaku. Kepada yang berkunjung ke restoran ini, apa pendapat anda dengan ruang solat yg di sediakan? Komen anda semua kami hargai.

– Tabiat meminta duit kecil dari pelanggan. Bayangkan, jumlah makanan yang kami makan pada malam itu ialah RM61.40 (mahal kan??). Di ‘casher’ saya menghulurkan duit RM50 dua keping, duit RM1 sekeping, dan syiling 40 sen. Ini bermakna, ‘CASHER’ hanya perlu memberi baki RM40 sahaja (dua keping duit RM20). Tetapi apa yg berlaku, dia masih meminta duit kecil dari saya dan bersungut mengatakan duit kecil sudah abis. Masa tu juga laa saya bagi ceramah percuma ciri2 peniaga yg bagus, yg mana peniaga kena sediakan duit kecil secukupnya sebagai baki, bukan terhegeh2 mintak dengan customer. Kedai sahaja besar, jiwa kecil.

Okeylah, setakat tu saja untuk saya berkongsi pengalaman makan malam kami di Restoran Kapal Terbang di KB. Apa-apa pun, kami harap moga kedai ini terus ‘improve’ dan sukses selalu. Pengalaman yang diceritakan adalah perkara yang berlaku tatkala kami berkunjung ke situ. Ini pengalaman kami, dan setiap dari kita mengalami pengalaman yg berbeza2. Kongsikan pengalaman anda juga, moga ianya memberi manfaat buat kita semua.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

2 thoughts on “Restoran Kapal Terbang”

  1. Cantik Restoran ni, sure budak2 suka, like the comments too n do ensure tokey kedai receive these n improve….Ada bgtau tak?✌️

    1. Terima kasih kerana sudi singgah dan comments. Actually, tak sempat bagitau tokey personally. Maybe next visit kut, hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *