Pekanbaru Part 3

Subuh sudah masuk. Dari bilik, dapat melihat jelas keindahan Masjid Agung An-Nur yg jaraknya lebih kurang 2 km.

Pagi lepas sarapan, kami semua ke Masjid Agung An-Nur. Hari pertama, hanya saya yg sempat sampai di sini. Lepas solat Dhuha di sini, kami terus ke pasar bawah, satu lagi lokasi terkenal di Pekanbaru untuk penggemar shopping.

_DSC4178
Masjid An-Nur Pekanbaru

Lepas pusing2 sekitar pasar bawah, kami plan untuk ke taman air di Labersa, Pekanbaru. Tempat tu dipanggil Riau Fantasi. Antara taman air terbesar di sini. Boleh laa bawak anak2 main, mandi manda kasik diorang happy sket. Lagipun kat Pekanbaru ni cuaca agak panas juga. Kali ini, Tokma & Tokba tidah ikut sekali kerana diaorang nak sambung pergi shopping lagi. Mungkin ada hajat semalam yg masih tak tertunai ler tu. Hehe.

_DSC4188
Pasar Bawah
_DSC4186
Pelbagai ikan kering

Tempat buat batu permata di pasarbawah
Tempat buat batu permata di pasarbawah

Kami tiba di Riau Fantasi sekitar pukul 2 ptg. Tiket masuk RM20 sorang. Nampak kawasanya agak luas juga. Anak2 dah teruja dan tak sabar untuk ‘melompat’ dlm air.

_DSC4192
Tiba di kafe taman air. Agak lengang juga. Kedai ada dua jer. Haha
_DSC4200
Menu nasi ramas, masa air masih belum sampai. Teh-O jer pun lambat.
_DSC4202
Besar juga kawasan ini. Puas hati anak-anak dpt main air.
_DSC4204
Menunggu teksi untuk pulang setelah 2 jam di sini
_DSC4201
Bergambar di Labersa

Dengan ‘entry fee’ RM 20 seorang, boleh dikatakan berbaloi juga laaaa untuk datang sini. Jangan dibandingkan fasilitasnya dengan Sunway Lagoon  atau Sunway Tambun. Pada saya ianya berkadaran dengan kemampuan masyarakat setempat di sini. Apa-apa pun, boleh lah rasai sendiri pengalaman berada di sini. Ianya pasti unik dan tidak sama dengan apa yg kita biasa ada di Malaysia.

_DSC4209
Teksi yg kami naiki ke Labersa
_DSC4208
Banyak masjid dlm pembinaan sepanjang jln pulang ke hotel
_DSC4205
Singgah sekejap untuk membeli buahan Aprikot. RM10 sahaja sekilo

Malam itu, semua org kepenatan. Jadi kami makan malam di dalam Pekanbaru Mall sahaja. Ada kedai menarik dlm tu.

Keesokanya, kami bersiap dan breakfast awal kerana perlu menuju ke Airport. Flight pulang ke KL akan berlepas pukul 10.50 am dan kami ke sana dengan menaiki teksi hotel. Senang juga kemudahan di hotel ni, dengan harga RM20, kami dihantar ke airport dengan MPV Starek dan tiba di sana 20 minit kemudian,

Bersarapan sebelum bertolak ke airport
Bersarapan sebelum bertolak ke airport
Minum dulu lepas selesai urusan check-in
Minum dulu lepas selesai urusan check-in
IMG_3406
Bergambar di airport dgn wifey
Masuk ke balai berlepas
Masuk ke balai berlepas

Flight tiba dan kami selamat berlepas pulang ke KL dan tiba sejam kemudian. Alhamdulillah. Suatu percutian 4 hari 3 malam yg menarik dan memberi kenangan yg unik buat kami sepanjang di Pekanbaru.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

One thought on “Pekanbaru Part 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *