6/6/15:
Sebelum sarapan pagi, saya keluar untuk berjalan-jalan sekitar sambil mengambil beberapa keping gambar sekitar bandar Pekanbaru. Jam pukul 8.30 pagi kurang lebih, tapi kawasan sekitar sudah sibuk dengan kenderaan dan pelbagai aktiviti lain.











Selesai sarapan, kami sekeluarga bertolak ke Alam Manyang, sebuah taman rekreasi yg agak terkenal juga di Pekanbaru. Kawasan ini agak luas juga. Boleh di katakan tempat ini disediakan khas untuk orang awam bersantai dan menjalankan aktiviti kekeluargaan dan masyarakat di dlm kawasan taman ini. Ada yg santai berkelah dibawah pokok2 rimbun bersama keluarga. Ada juga aktiviti sekolah rendah atau tadika yg dijalankan di sini, Majlis kahwin pun ada. Macam2 laaa.






Selesai di sini, lebih kurang sejam kemudian kami bertolak ke Lapangan Terbang lama, Pekanbaru. Kat situ ada monumen Skyhawk yg menarik di pintu masuk. Lepak kejap, amik gambar dan terus ke Rumah Makan Melayu berdekatan. Tempat ni mmg terkenal, makanan dia mmg superb. Dan ada pelbagai hidangan juga.



Selesai makan tgh hari dan solat zohor, kami menuju pula ke pusat tumpuan geng2 perempuan; tempat shopping Pasar Ramayana. Dibahagian bawah pasar ini juga banyak kedai2 menjual pakaian yg bagus-bagus buatanya dan yg penting harganya juga jauh lebih murah. Cuma kedai yg paling bawah, suasanya agak panas kerana pengudaraan yg kurang bagus. Memang berpeluh laa kalau nak shopping tu. Tapi kalau nak yg lebih nyaman, boleh sahaja shopping di kedai ‘ground’ level dan ke atas. Harganya tidak jauh berbeza.



Selesai beli barang-barang sedikit sebanyak (saya tak beli apapun, hanya melihat2 sahaja), kami pun pulang ke hotel dgn teksi. Sebenarnya gedung Ramayana ni dekat sahaja dengan hotel tempat kami menginap, kurang dari 1km gitu.

Usai solat maghrib, kami keluar pusing2 kawasan sekitar sekejap dengan motor. Pekerja hotel tersebut tlg bawakan kami ke tempat jualan CD. Cuma malam itu baru lepas hujan, jadi penjual CD jalanan banyak yg tidak keluar berniaga, Harga agak murah juga, DVD hanya RM2 sekeping. Hehe.



Selesai makan malam, kami semua pulang ke hotel untuk berehat. Penat juga aktiviti harian. Esok kami akan ke Taman Air Riau Fantasi di Labersa.





