Kebiasaanya kami hanya berbuka puasa di rumah. Ianya senang dan mudah. Masuk sahaja waktu berbuka, saya biasanya menjamah sebiji-dua buah tamar dengan air. Masya Allah, nyaman memang terasa selepas seharian berpuasa. Badan terasa ‘di charge’ sepenuhnya walaupun masih belum makan makanan berat seperti nasi. Selepas itu, biasanya saya akan ke surau berdekatan untuk solat maghrib berjemaah. Usai solat barulah pulang semula ke rumah untuk bersama keluarga menjamah hidangan berbuka utama seperti nasi dan lauk pauk.
Itulah rutin selama beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah. Ianya mmg memberi kelegaan dan tidak terasa ‘kesempitan’ masa antara dua ibadah; berbuka dan solat jemaah.
Pada hujung minggu kedua Ramadhan, kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa di Masjid Negeri, di Ipoh. Bertolak dari rumah sekitar jam enam petang, kami tiba di masjid hampir waktu berbuka. Alhamdulillah, tempat masih ada. Jemaah lelaki dan perempuan duduk di khemah berasingan. Jadi, saya dan faheem ke khemah lelaki, manakala isteri dan dua anak perempuan saya ke khemah perempuan. Ramai juga jemaah yang sama-sama berbuka di sini. Alhamdulillah.
Usai berbuka, kami solat Maghrib dan terus menunggu sehingga Isyak sebelum bersolat terawikh di masjid negeri. Dewan solat di masjid negeri agak besar, lapang dan selesa. Suasana nya amat kondusif untuk membawa keluarga bersama bersolat. Selesai terawikh, kami sekeluarga me’moreh’ kan diri dulu dengan kuih muih yg disediakan. Meriah juga suasana bila ramai2 beratur mengambil kuih dan air 🙂
Sebelum pulang, kami singgah seketika di taman di hadapan stesen keretapi Ipoh yg terletak berdekatan dengan masjid negeri tadi. Rupanya, banyak aktiviti yg disediakan di taman ini. Ini kali pertama kami sekeluarga datang ke sini setelah ianya ditutup untuk renovasi beberapa tahun yg lepas. Tak tahu pula sudah bertukar rupa sepenuhnya ‘public park’ ini. Dan suasana malamnya amat meriah juga terutama malam ini, iaitu malam minggu. Jika ada kesempatan datang ke Ipoh, boleh lah luangkan masa bawa keluarga ke taman ini.
Selesai lepak-lepak seketika, bagi anak2 main skuter battery dan belon, kami pun pulang ke rumah dan sampai sekitar hampir jam 12 tgh malam.




 Beberapa gambar yang sempat dirakam lensa kamera saya semasa di Masjid Negeri Ipoh dan juga di taman behampiran.









Semua gambar di atas dirakam menggunakan kamera lama saya, Fuji X100. Saiznya yg tidak terlalu ‘bagak’ sebagaimana kamera DSLR membuatkan ianya sentiasa menjadi pilihan bila memerlukan kamera yg kecil dan ringan. Namun, cabaranya ialah kamera ini hanya dilengkapi dengan ‘fix lens’. Jadi kena pandai2 meletakkan jarak diri dengan subjek untuk mendapat komposisi yang menarik 🙂





