Baby Photoshoot | Alisha

Hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga pulang ke Kota Bharu. Ini merupakan kali kedua kami berpeluang pulang ke kampung di Kota Bharu dalam bulan Ramadan ini. Alhamdulillah. Pengalaman berpuasa dan berbuka di kampung nyata jauh berbeza dari rutin biasa kami di rumah, terutama bab juadah dan kepelbagaian makanan yg terdapat di Kelantan. Mana lagi kalau nak jumpa kuih ‘akok’, kuih jala emas, lopat tikam, dll kuih tradisional kalau bukan di Kelantan. Tak lupa juga ‘lakse’ dan ‘lakso’ sedap atas pasar Siti Khatijah. Ada lagi. Samosa sedap di simpang empat Cherang. Walaupun saiznya makin mengecil (mungkin utk mengekalkan jumlah yg sama dengan harga barang yg makin mahal skrg), tapi rasanya tetap padu. Menulis ni pun bisa membuatkan mulur ‘berair’ bila teringat. Isk, isk.

Pulang kali ini juga untuk berjumpa ibu terlebih dahulu, sebelum dia terbang ke Jeddah untuk menunaikan umrah pada Sabtu pagi. Allahuakbar. Masih terngiang lagi suasana berada di tanah suci penghujung tahun 2010 bersamanaya dan isteri. Masa berlalu kian pantas, dan kali ini Allah ‘menjemput’ ibuku lagi untuk ke sana. Ibu berumrah kali ini bersama jiran kami dan juga ibu saudara yang turut serta di saat2 akhir. Alhamdulillah. Sekarang mereka semua masih di Makkah, dan dijangka tiba di KL pada 29 Ramadhan nanti. Kami sekeluarga mendoakan moga ibu mendapat umrah yg mabrur, dan Allah permudahkan segala urusan di tanah suci. Insya Allah. Moga Allah mempermudahkan urusan kita pula untuk ke sana lagi dalam masa yg terdekat ini. Insya Allah.

Ketika di kampung, saya sempat membuat sesi foto shoot untuk anak saudara yg masih kecil, Alisha namanya. Kebetulan adik juga pulang ke kampung untuk tujuan yg sama, dan jarang juga kami berjumpa kerana dia tinggal di KL dan saya pula di Toronto; ehh…Tronoh, Perak. 🙂

Kali ini, tiada apa2 persedian yg dibuat untuk sesi ini, tapi hanya memanfaatkan dinding putih yg sedia ada di rumah ibu. Kebetulan ada pula meja kopi yg berwarna putih, terus di gunakan sebagai tempat Alisha ‘berposing’. Dengan sedikit touch-up pada gambar dgn ‘menambah’ exposure level dalam Lightroom, hasilnya sebagaimana gambar di bawah. Boleh laaa…hehe

baby fotoshoot baby fotoshoot

Gambar dari Nikon D610 with flashgun. Flash menggunakan mode AUTO dan ‘ceiling bouncing’ teknik.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!!

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *