Langkawi Part 3

Hari ketiga berada di Pulau Langkawi. Hari ini, makan pagi agak lambat sedikit kerana anak-anak bangun lambat. Mungkin penat berjalan-jalan semalam belum betul habis. Hari ni, destinasi pertama adalah tempat tarikan pengunjung yang meminati suasana sawah dan bendang padi. Ianya dikenali sebagai ‘Laman Padi’, yang terletak tidak lah berapa jauh dari kawasan pantai tempat kami menginap.

Lebih kurang 40 minit berada di sini, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Sungguh, kawasan laman padi yg kami lawati amat menarik dan memberi pengalaman yang bernilai untuk anak-anak yang sememangnya tidak berkesempatan untuk merasa semua ini bila berada di rumah.

Selesai santai seketika di tepian pantai, kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya, iaitu Jetty Kilim. Banyak bot-bot panjang yang terdapat di sini. Rupanya ada pakej yang menawarkan perkhidmatan meneroka keindahan sungai sepanjang paya bakau di sekitar kawasan ini. Kami tidak menaiki bot, sekadar berhenti untuk melihat keadaan sekitar dan mengambil beberapa keping gambar.

Banyak juga spesis haiwan yang dipelihara di sini. Memang menarik, terutamanya kanak-kanak yang sememangnya sukakan haiwan liar yang pelbagai. kami berjalan lagi, terus ke dalam mengikut tanda arah yang di tetapkan. Memang menarik, cara susunan sangkar haiwan dan ada juga yang dibiarkan bebas. Pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan liar ini dengan cara memberi makanan dan sebagainya.

Kami berada di sini lebih sejam, dan memastikan segenap pelusuk taman dijelajahi sebelum pulang. Dalam banyak taman-taman haiwan yang pernah di lawati, Langkawi Wildlife Park ini boleh lah di kira sebagai antara yang terbaik untuk di lawati.

Hari menunjukkan hampir lewat petang. Kami kemudianya, terus pulang ke hotel untuk berehat dan bersiap untuk makan malam pula. Tetapi, sebelum itu sempat lagi bawa anak-anak bermain pantai di kawasan berhampiran hotel.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *