Awal bulan June 15 baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan melawat Pekanbaru, Indonesia. Pekanbaru yang terletak di daerah Riau atau Provinsi Riau adalah sebuah bandar yang pesat membangun masakini. Ianya makin menjadi tumpuan pelancong terutama dari Malaysia semenjak Air Asia mula membuka laluan penerbangan ke sana suatu ketika dulu.
Berbekalkan ‘return’ tiket dlm RM210 seorang, saya dan keluarga menuju ke Pekanbaru untuk merasa sendiri suasan di kepulauan Riau ini. Nyata ianya tidak mengecewakan.
APA YANG MENARIK?
– Pelbagai jenis makanan dari masakan melayu hingga ke nasi Padang, semuanya bisa membuatkan ‘krem’ rahang kerana kesedapan masakanya.
– Kos yg lebih murah dari Malaysia, terutamanya barang2 jualan harian, kos transport dan makanan. Jika sama pun, rasa dan kualitinya lebih bagus.
– Banyak kedai jualan pelbagai barangan terutama pakaian yang menarik dengan harga yg murah. Memang menjadi tumpuan kaum Hawa.
– Banyak masjid-masjid yg didirikan memudahkan kita untuk menunaikan ibadah. Rata-rata penduduk Pekanbaru beragama Islam. Masjid paling besar & terkenal di sini ialah Masjid Agung An-Nur.
– Orang tempatan yg ramah, suka menegur orang dan ringan untuk membantu kita dalam banyak urusan.
– Pekerja-pekerja di sini, dari driver teksi ke penjaga kedai memang jauh lebih mesra dan ‘helpful’.
JADUAL PERJALANAN KAMI (Ringkasan)
5/6/15 :
Sampai di Airport Pekanbaru – Chk-in Hotel Grand Jatra – Makan Nasi Padang di kedai makan PURNAMA – Jalan2 di Mall Pekanbaru (bersebelahan Hotel)


Saya melawat Masjid Agung An-Nur (sunset, solat Maghrib), Makan malam di Rumah Makan Pondok Gurih (Sedap, recommended !!)



Usai makan, kami kembali ke hotel untuk berehat sambil merancang perjalanan untuk esok hari.